Monday, August 16, 2010

wanita dan pohon semalu

Pada suatu hari, Rasullulah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatimah ra. Setiba mereka berdua di bawah pohon tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pokok semalu itu berada disitu dengan nada yang marah sedikit. Rasulluah dengan tenang berkata kepada puteri kesayanganya bahawa pokok semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah saw berkata, para wanita hendahlah mengambil pengajaran daripada pokok semalu ini dari 4 aspek.

1.Pokok semalu akan kuncup bila disentuh, ia diibaratkan bahawa wanita perlu ada perasaan malu.

2. Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri, oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah.

3. Pokok semalu mempunyai akar tunjang yang sangan kuat dan mencengkam bumi, wanita solehah hendahlah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Amin.

4. Pokok semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang, para wanita sekelian, kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja.