Sunday, June 21, 2009

muhasabah part 1-adakah aku serius dan bersedia?

dalam hidup ni, ada beberapa benda yang kita kna lalui.
samada bersendirian, ataupn secara berkumpulan.
kadang2, kita bermula secara berkumpulan, tapi berakhir dengan sorang. ada jugak yang bermula sorang2, tp berakhir dengan berkumpulan.
untung badan, ada yang menawarkan bantuan untuk kita lepasi permasalahan tu, kan.

orang kata, kalau kita btol-btol serius dan bersedia, akan ada yang membantu.
tapi, sejauh mane kebenaran kata2 tu?
mungkin pada zahir, nampak macam btol-btol serius dan bersedia, tp secara batinnya lain isinya.
mungkin jugak secara zahirnya, nampak macam main-main atau tak seserius orang lain, tapi kita tak tahu apa yang tersirat dan apa persiapan yang telah dilakukan.

so, bagaimana kita dapat membezakan antara yang serius tapi blom bersedia, yang bersedia dan serius, yang tak serius dan tak bersedia dan yang tak serius dan tak bersedia?
patutkah kita sebagai pemerhati hanya membantu yang btol2 serius dan bersedia sahaja? ataupun membantu tiga lagi golongan yang lain?

benar, kita xdapat menghakimi orang hanya berdasarkan apa yang kita nampak atau apa yang dipertontonkan sahaja.

sometimes, the illness does not really represent the underlying diseases. And more importantly, every patient is unique...

Monday, June 15, 2009

winter 2009 (part 1)

pagi td kul 8.40, deringan telefon (ringtone ape ntah) membangunkan aku dari mimpi. mipi lak jenis yang x best, berkaitan dengan family lak tu...imran call, die kate ade snow kt luar. so, ape lg, terus buka tingkap. mmg ade snow, tp sikit je la dan sekejap je. xsempat tangkap gambar snow tu pun:(

btw, dunedin ni susah nk snow. walaupun sentiasa sejuk setiap musim, tp jarang sangat2 nk turun snow nih. mebi sebab kedudukan (geografi) unedin ni tepi laut, so suhu die sentiasa sejuk (macam malayisa, di kelilingi laut, so suhu agak tetap) dan pembentukan snow susah nak jadi sebab di'stabilize'kan oleh air laut. ni teori aku la, suhu air laut lagi rendah dari suhu yang diperlukan for snow formation).

nti ade mase, aku upload gambar. sekarang kat burns, xde bluetooth nk transfer gmbar dari fon (aku pakai sony ericsson k770i) ke komputer...

Saturday, June 13, 2009

HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ‘ ISTERI ‘

ini merupakan msg yang diforward kepada saya. untuk peringatan kepada diri ini yg slalu terlupa dan juga tatapan pengunjung blog...

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
(untuk part ni, sy xpasti mana sumbernye samaada dr hadis atau sumber lain)

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
(part ni pon xpasti mana sumbernya)

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

__________________________________________________________

tambahan penulis:
mulianya seorang wanita bergelar isteri, susahnya lelaki bernama suami.
hargailah isteri/suami anda kerana apa yang Allah pinjamkan ini bukanlah untuk selamanya.
sy berharap mendapat isteri yang setia, manis dipandang serta pandai menjaga kehormatan bersesuaian dengan hadis baginda:

“Iaitu isteri yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

journey to the t**l**

cuba teka, journey ke mana?hehhe
aku jmpe (mcm tempat ni pnah hilang lak) tempat ni kt tepi bar bwh the link (kt central library tu) tahun lepas. tp sbb malas nk ber'blog', aku pn post la benda ni thn ni:D


pape hal,letak gmbar dlu.korg teka la kt mana tempat ni ek.






jeng, jeng, jeng....(lagu tema star wars utk menimbulkan unsur2 suspens...)

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

wargh....ikan jaws nk mkn aku~~

kelihatan encik obor2 senang berenang-renang kegirangan. amboi, enjoy nampak.




patut la ada jwas kt situ, supaya org takut. bila takut, mesti sampai terkencing2 kan, sbb tu ade tempat buanag air kecik kt c2 (@@,)

kelihatan seorg hambaAllah sedang merakamkn kejadian anih di tempat kejadian.

so, dh dpt teka kt mana tempat ni?
underwaterworld? mungkin la....
tp mmg kreatif la sape yg buat bnde ni. cheers
(p/s: dunedin xde underwaterworld ok)

senjata part 2 (katana)

ni katana aku yg dibeli pd Tue 12 May 2009 8:25 pm (waktu NZ) yg lepas.
aku beli melalui trademe.co.nz. kalo beli kt cni, kena bid.
siapa bid plg tinggi, dia menang.klo malas bid, bley je tekan button 'buy now', tp harga mahal.
nk dijadikn cerita, mlm tu xde org bid. so aku menang la auction utk katana pd harga yg sgt2 murah (rahsia:D).hehe
ni ade sket gmbr utk tatapan anda semua;)



1. atas bantal peluk.



2. unsheath katana



3. mata/ bilah dari jarak dekat. (kelihatan my lappy n highlighter cap itik (stabilo))

4. ukiran atas bilah


5. tsuba kaler emas.


6. ukiran bwh tsuba. ukiran apa xtaw la,cm cacing je.


7. bont*t katana. kelihatan ukiran cacing lg


8. sarung die, ade tali diikat kemas di situ. kalo buka,pjg gk tali ni. mebi tali spare utk pemegang kot? mebi...



9. dtg bersama stand hitam n 1 set kelengkapan utk membersihkn katana:)
another precious weapon in my room:D

mama n papa g umrah

sbnrnya diorg dh blk pn.huhu
papa ckp, kt mekah suhu smapai 49 darjah celcius...panas tu.
masa sampai kt rumah hari tu,papa dh hilang suara sbb panas kot.
mama lak steady je.huhu

pk2 blk,rasa cm nk je wt haji or umrah awal2.maklum la,muda lg,bdn pn tgh sihat n berada pd thp plg optimum utk melakukn ibadat. tp 2 la, masjid yg dekat tu pn, x ckup 5 kali pergi sehari.
lg 1, duit pn xde, sembang nk g mekah lak.
tp xpe,psgkn niat dlu.ad rezki, sampai la aku kt sana, i'Allah:)

p/s:hrp2,ada la sourvenir dr mekah:D

Thursday, June 4, 2009

benar-benar...

esok OSPE.yay!!! (apa yg sronok sgt pn xtaw la,pdhal stdy pn xhbs lg (-_-)")
btw,ade org bg video ni kt aku via ym. ape yg die cuba katekn ek? (or die xnk kate pape kot:P)
aku xde la minat adam,tp lagu ni ok la jugak.
kpd org yg bg lagu ni,thnx.i really appreciate it.

k,enjoy it. nk smbg tdy OSPE n wt tutorial patho.huhu


p/s: gundam strike freedom incoming...