Saturday, September 4, 2010

30 perkara tentang perempuan.

aku ada banyak membaca post2 berkaitan tajuk di atas. mmg banyak hal ttg wanita yg kita (lelaki) xtahu dan sepatutnya kita ambil tahu kerana samapi satu tahap nnti kita akan berkongsi hidup dengan wanita. even rasulullah pn menyuruh kita melayan wanita dengan lemah lembut sesuai dengan sifatnya yang lemah. tapi post yg kali ni lain dari yg lain, rasa lebih kena dengan apa yg pernah terjadi di sekeliling aku. ni pn copy dr note fbook seorang yg x dikenali.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.




11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Monday, August 16, 2010

wanita dan pohon semalu

Pada suatu hari, Rasullulah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatimah ra. Setiba mereka berdua di bawah pohon tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pokok semalu itu berada disitu dengan nada yang marah sedikit. Rasulluah dengan tenang berkata kepada puteri kesayanganya bahawa pokok semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah saw berkata, para wanita hendahlah mengambil pengajaran daripada pokok semalu ini dari 4 aspek.

1.Pokok semalu akan kuncup bila disentuh, ia diibaratkan bahawa wanita perlu ada perasaan malu.

2. Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri, oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah.

3. Pokok semalu mempunyai akar tunjang yang sangan kuat dan mencengkam bumi, wanita solehah hendahlah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Amin.

4. Pokok semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang, para wanita sekelian, kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja.

Monday, July 5, 2010

Kisah anak soleh

Seluruh kampung semacam tak percaya.Tapi itulah hakikatnya.Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera & hafiz. Semalam dia mengimamkan solat Terawih. Lunak & lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang mengenali lebih kagum.

Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid.Malam setelah pulang dari solat Terawih,saya berbual-bual dengan anak saya....

"Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula, hebat betul. Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum. Ayah tahu, dah tentu, kan ayah anak jati kampung ini"

Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak memburuk-burukkan orang yang telah mati"

Perlahan saya memulakan cerita.

"Kenapa begitu sekali ayah? Pak Hamid terkenal di kampung ni sebagai orang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah. Berjudi,minum arak dah jadi kebiasaannya. Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum, pakaian & sekolahnya tak terurus langsung. Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukan seperti sekarang?"

"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan & cabaran tu dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki"

"Ibunya macam mana?"

"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang itulah sebabnya Pak Hamid jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri"

"Sedih juga. Kalau orang lain dah lama putus asa. Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke asrama penuh & entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik & hafaz Al-Quran sekaligus. Hebat"

"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah Pak Hamid, dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat"

Saya sebak.

"Kenapa ayah?"

"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya, dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar, jenazahnya berat, berat dosalah, macam-macam. Sedih ayah rasakan, Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu. Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari tanah perkuburan. Ayah ada sekali. Apa kata datuk? Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu, jadi anak soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat"

Anak saya diam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

"Datuk kamu menyambung lagi. Untuk harumkan kembali nama ayah kamu di dunia, kamu belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang berjaya dalam hidup. InsyaAllah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini. Macam mana reaksi imam Ramli waktu tu? Dia hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk"

"Hebat betul ayah, sekarang semuanya jadi realiti"

"Memang hebat. Anak yang soleh & baik dari seorang ayah yang sedemikian. Kamu bagaimana?"

"Saya bertuah ada ayah!"

Saya terdiam. Terusik hati saya, adakah aku ayah yang baik?

"Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh & tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik jadi anak yang soleh"

"Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah Ta'ala. Dosa & pahala tidak boleh diwariskan. Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak jadi baik atau sebaliknya"

"Jadi seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

"Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang dididik secara baik,berpotensi menjadi anak yang soleh bila dewasa. Tetapi masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan pentarbiyahan menjadi insan soleh. Jika dipatuhinya, alhamdulillah. Jika menyimpang, dia akan menerima akibatnya"

"Saya setuju dengan pandangan ayah. Ini bukti keadilan Allah Ta'ala. Jika tidak, setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya"

"Ya, itulah yang dibuat oleh imam Ramli. Demi cinta & kasih kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia & akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah tiada"

Semacam wasiat pula kata-kata saya.

Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri, kami sama-sama menziarahi pusara di pinggiran kampung. Saya lihat imam Ramli duduk di tepi pusara ibu & ayahnya. Saya & anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami sayangi. Ayah saya, datuk kepada anak saya. Lelaki yang pernah menasihati imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya sangat memberi bekas. Saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih ingat dialog ayah dengan imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata
ayah mengalir sewaktu meluahkan nasihat. Oh, mampukah saya seikhlas itu?

(sumber dari facebook)

Tuesday, March 30, 2010

why necklace?



Generally necklace is the thing that man or young man (boy) give to their special ones. In my life, I ever gave a necklace to some people like my mom and Niza (my younger sister). My mom asked me, “are you going to give that necklace to your girlfriend?”, but I said it is for her. I remembered giving her a bracelet and she still wears it until now (n_n)

But for the necklace, my mom could not really wear it because the silver (the necklace that I gave to her was made of silver) is shed off when contact with her skin ( I am not sure whether it is an allergic reaction or not). So she decided not to wear it and give it to Niza.

But, why necklace? (someone apparently asked me)

Each person got their own reasons, same with me. Necklace, when you wear it, it close to heart. Someway, the necklace is the substitute to myself and if the special someone wear it, it means I am near their heart, though I can not be inside it (n_n). We might be separated miles away, but I am always at her/their hearts.

If you are reading this and you got one from me, then it means you’re special and I want to be in your heart.(n_n)

Monday, March 29, 2010

resipi kek (adunan pertama)

Post kali ni mengisahkan tentang resipi kek yang dibuat beberapa minggu lalu. Ada 2 adunan sebenarnya dan adunan kedua merupakan resipi yang lagi sedap (personal opinion) dr adunan pertama nih. Tapi, adunan pertama lagi sihat sbb x guna langsung butter (lemak tuu).huhuuhuh. so selamat mencuba =)

Ingredients:
2 bijik telur
1 cawan gula perang (brown sugar) – kalau xde, pakai gula putih biasa pn ok, tp kurang ‘kick’ la =P
1.5 cawan tepung
2 sudu the baking powder
1 cawan yogurt – optional. Rasanya kalau xde lg best
0.5 cawan salad oil
0.25 cawan serbuk koko

Methods (cam lab report mase zaman KMB dulu plak):
1. Telur + gula perang + minyak + yogurt = pukul sebati
2. Ayak [tepung + serbuk koko + baking powder], campur dengan bahan 1.
3. Guna butter untuk grease pan. Tu je =D
4. Ha, yang ni kna agak2 sendiri. Pengalaman sangat2 penting. Bakar la dalam 180 darjah selama 30-40 mins.

Telur + gula perang + minyak


[tepung + serbuk koko + baking powder], campur dengan bahan 1


ni rupanya lepas dh kena kacau.



ni plak rupanya lepas dh masak =D
since aku hilang pan kek, so aku guna pan untuk muffin :P

tips masak resipi nih:
1)tepung semua kna ayak betul2, kalau x susah nk kacau, berketul2 nti.

so, boleh try kot. pastu ajak aku, bley aku rate masakan korang :P:P:P
adunan kedua plak, masih rahsia. hehehehe

Monday, March 22, 2010

JUALAN BUKU MAHAGURU


Salam semua. Entry kali ni adalah untuk mempromosikan jualan buku MAHAGURU tulisan Dato’ Wan Ahmad Fauzi. Buku ini mengisarkan tentang perjalanan hidup pengasas Silat Seni Gayong, Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda MOhd HAshim.

Cover of the book

Reasons why you should buy this book:

1. I have read the book and found that there are stories that I could not find on the net. Some stories that are unexplainable and his (Grandmaster’s) personality that makes him special and above all, great warrior in modern age.

2. Hasil jualan buku-buku ini akan dikumpulkan dan akan diserahkan kepada tabung Silat Seni Gayong sebagai dana untuk membantu guru-guru lama Silat Seni Gayong. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan guru-guru silat ini menghabiskan zaman muda mereka dengan mempelajari seni ini, sesetengah antara mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja sebagai gurulatih Silat Seni Gayong. Bagi yang uzur pula, mereka mempunyai sedikit masalah untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mampu membiayai kos rawatan. Diharap kumpulan dari wang jualan buku ini dapat membantu mereka secara lasngsung.

Harga: 20.00 NZD

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada sy di chat box atau hubungi 0211063057 (New Zealand). Emel: djazz_gayong@yahoo.com.my

*bagi sesiapa yang berhajat menyalurkan sumbangan secara langsung, boleh terus hubungi sy.


isi kandungan buku

Thursday, March 18, 2010

Permaidani - Aris Ariwatan

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini