Monday, February 22, 2010

resipi yang hilang

hari ni aku baru je cadang nk buat kek coklat. semua bahan dh ada, butter dan tepung koko dh beli 2 minggu lepas lagi. lepas semua dh ready, bru perasan, resipi aku hilang (-_-)"

ntah mane la aku letak resipi 2. dh la resipi 2 paling mudah n bahan yg diguna pun sikit dan simple. resipi tu ada kt belakang kotak serbuk koko yg aku beli masa kerja kt orchard thn lepas. sayg betol.

dh la 2, pan untuk buat kek pun hilang!
sengal tol, ntah mane lak pegi bende alah 2. padahal rsnye xde org pinjam pun n aku yg simpan bende 2 last time. tp xjumpe.haihhh.hilang mood nk buat kek




inilah rupa mangsa yang hilang dan xdapat dikesan.
jika jumpa, sila kembalikan kps benji club, kami merindui kepulangan pan kek ini.

Wednesday, January 27, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Oleh

Dato’ Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain

DPNS., SMT.. LLb(Hons) UIA


"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia". (SurahAl Ikhlas: 1-4)





1.0 LATARBELAKANG



1.1 Pemohon dalam Kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur alam isu kalimah Allah mendakwa `ALLAH’ ialah terjemahan betul kepada perkataan `God’ dalam bahasa Melayu.



1.2 Selanjutnya Pemohon mendakwa kalimah Allah telah digunakan sekian lama dalam Kitab dan upacara ibadah Kristian di Malaysia dan Indonesia, juga di Negara-negara Arab seperti Mesir, Lebanon dan Iraq.



1.3 Hakim Bicara telah membenarkan Permohonan tersebut atas alasan bahawa tegahan penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri adalah tidak mengikut Perlembagaan (`unconstitutional’ ) dan tidak rasional (`irrational’ ), selanjutnya menafikan justifikasi tegahan tersebut atas alasan untuk menjaga ketenteraman awam.



1.4 Dalam perbicaraan kes tersebut, Hakim Bicara telah menolak permohonan Majlis Agama Islam beberapa Negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Johor, Selangor, Kedah, Melaka dan Terengganu untuk mencelah di bawah Kaedah 53 Aturan 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi atas alasan subjek pokok Kes adalah di bawah kuasa Menteri.



1.5 Ada beberapa isu yang perlu mendapat jawapan `affirmative’ sebelum Mahkamah boleh memutuskan bahawa tegahan penggunaan kalimah Allah oleh Kementerian Dalam Negeri itu adalah `unconstitutional’ dan `irrational’, isu-isu tersebut ialah;



1.5.1 Adakah dalam Bible asal, Tuhan orang Kristian ialah Allah?

1.5.2 Adakah kalimah Allah itu bahasa Melayu?

1.5.3 Adakah Undang-Undang Malaysia membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada ajaran selain Islam?



1.6 Hakim Bicara juga khilaf dalam memberi pemerhatian dan tafsiran yang tepat berhubung perkara-perkara pokok seperti berikut;



1.6.1 Allah di sisi agama Islam dan sensitiviti kepada orang Islam Malaysia

1.6.2 Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri



1.7 Dalam Kertas ini saya ingin terlebih dahulu mengupas 3 isu di atas, Kertas ini adalah lanjutan daripada Tajuk yang sama sebelum ini.



2.0 KUPASAN ISU



2.1 Adakah dalam Bible asal, Tuhan orang Kristian ialah Allah?



2.1.1 Pemohon dalam Kes tersebut mengakui bahawa kalimah Allah ialah terjemahan bahasa Melayu kepada `God`, `Lord’ pula diterjemahkan sebagai Tuhan.



2.1.2 Berbagai rujukan sokongan telah dikemukakan untuk memperkukuhkan dakwaan Pemohon bahawa Allah itu ialah terjemahan betul kepada `God’ dan ia telah digunakan dalam bahan cetakan seawal tahun 1629 di Malaysia, diikuti hingga ke hari ini dalam Perjanjian Baru (`New Testament’) dan Alkitab.



2.1.3 `The Malay-Latin dictionary’ cetakan 1631 sepertimana dirujuk oleh Pemohon menyatakan `Deus’ ialah Tuhan (`God’) bagi orang Kristian dalam bahasa Latin. Dalam bahasa Melayu diterjemahkan pula sebagai `Alla’.



2.1.4 Mengikut sejarah, sekitar 400 tahun selepas Nabi Isa A.S. diangkat ke langit, lahirlah apa yang dinamakan `Old Testament’ diikuti pula dengan `New Testament’ yang mula merubah kandungan Kitab Injil.



2.1.5 Bible tertua yang digunapakai oleh penganut Kristian di seluruh dunia hari ini adalah dalam bahasa Greek pada abad ke-4 Masehi (http:www.answering- christianity. com/allah5. htm). Ia ditulis dalam bahasa Latin daripada himpunan fragmented tulisan bahasa Armania.



2.1.6 Dalam Bible tiada kalimah Allah, yang ada ialah `El-law’ (atau `El-lawh’) dan `Eloi’ yang bermaksud `God’.



2.1.7 Dalam ensiklopedia Katholik, perkataan Allah dinyatakan sebagai kalimah Arab yang hanya digunakan di kalangan orang Islam bagi nama Tuhan mereka.



2.1.8 Hakikat kalimah Allah SWT di dalam Injil tidak diberi pemerhatian yang sewajarnya oleh Hakim Bicara.



2.1.9 Daripada fakta di atas dan diakui oleh Pemohon, jelaslah Allah ialah bukan nama sebenar Tuhan orang Kristian, kalimah Allah hanya terjemahan kepada nama Tuhan orang Kristian.



2.1.10 Jika Allah itu panggilan Tuhan yang sebenar bagi orang Kristian nescaya Pope atau semua gereja Katholik di dunia menggunakan kalimah Allah dalam upacara ibadah dan penerbitan agama mereka.





2.2 Adakah kalimah Allah itu bahasa Melayu?



2.2.1 `God’ dalam bahasa Melayu ialah Tuhan, dan dalam bahasa Arab disebut “Ilah”. Kalimah Allah sebenarnya ialah nama khas yang mempunyai sifat-sifat khusus sepertimana dalam Surah al-Ikhlas dan ia ialah kalimah bahasa `Arab, bukannya bahasa Melayu.



2.2.2 Jika sekiranya kalimah Allah itu ialah bahasa Melayu, nescaya orang Melayu telah menggunakan kalimah Allah sebelum kedatangan Islam.



2.2.3 Orang Arab mengucapkan kalimah Allah kerana Allah adalah bahasa Arab. Arab Kristian di Mesir, Lebanon dan Iraq memanggil Tuhan mereka dengan `Allah al-Ab’ (`God the Father’) bagi membezakan konsep keTuhanan mereka yang berasas kepada `Trinity’.



2.2.4 Islam telah berkembang di Nusantara seawal abad ke 13 Masehi yang dapat dibuktikan melalui kelahiran Kerajaan Melayu Islam di Samudra Pasai, Champa, Terengganu, Jambi dan Pelembang.



2.2.5 Agama Kristian hanya dibawa ke Nusantara oleh kuasa Eropah yang dipelopori pada peringkat awal oleh Portugis bertunjangkan 3G; `Gospel’, `Glory’ dan `Gold’ seawal tahun 1509 Masehi. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris hadir atas 3 misi utama tersebut di Nusantara kerana pada ketika itu belum berlaku pemisahan di antara politik dan gereja.



2.2.6 Bible bahasa Melayu yang disusun oleh Francis Xavier pada abad ke-16 di Melaka, menterjemahkan kalimah `God’ kepada `Elohim’ dari perkataan Hebrew, bermaksud Tuhan dalam pengertian majmuk.



2.2.7 Kalimah Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu sepertimana hujah Pemohon dijumpai dalam `Matthew’s Gospel’ cetakan 1629, Bible yang lengkap berbahasa Melayu menggunakan kalimah Allah hanya mula dicetak dalam tahun 1733.



2.2.8 Kedua-dua `Matthew’s Gospel’ dan Bible Melayu dicetak jauh terkemudian daripada Bible Melayu yang disusun oleh Francis Xavier yang menterjemahkan `God’ kepada `Elohim’.



2.2.9 Orang Kristian di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak menyebut `God’ dalam bahasa Melayu dengan lafaz `Alah’ atau Alla’, bukannya lafaz Allah sepertimana sebutan orang Islam.



2.2.10 Ada juga orang Kristian di Sabah menyebut Tuhan mereka dengan lafaz `Alah bapa Yesus’ atau lebih popular dengan `bapa Yesus’ sahaja.



2.2.11 Daripada aspek sejarah, terjemahan `God’ kepada `Alah’ atau `Alla’ sepertimana yang dilafazkan oleh orang Kristian, yang berlaku di Nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia adalah satu strategi dakyah mubaligh Kristian sejak kedatangan Portugis kerana orang Melayu atau lebih tepatnya Muslim berTuhankan Allah SWT.



2.2.12 Jika kalimah Allah begitu signifikan dalam ajaran Kristian sudah pasti ia akan digunapakai di semua negara Eropah dan Amerika juga di dalam penerbitan Bible berbahasa Inggeris dan Latin.



2.2.13 Sebaliknya Hakim Bicara sendiri mengakui kalimah tersebut hanya keperluan kepada penganut Kristian berbahasa Melayu sahaja apabila beliau mengungkapkan ` it is apparent the use of the word `Allah’ is an essential part of the worship and instruction in the faith of the Malay (Bahasa Malaysia) speaking community of the Catholic Church in Malaysia….’.



2.2.14 Jelasnya, konflik yang berlaku atas isu penggunaan kalimah Allah ialah hasil daripada strategi dakyah yang telah direncana oleh mubaligh Kristian berabad yang lalu apabila mereka tiba di alam Melayu.





2.3 Adakah Undang-Undang Malaysia membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada ajaran selain Islam?



2.3.1 Kalimah Allah sepertimana yang telah disebut ialah nama khas bagi Tuhan orang Islam yang mempunyai maksud, sifat dan hakikatnya tersendiri.



2.3.2 Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Negeri-negeri, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen telah mengkanunkan Enakmen dan peruntukan khas dalam Akta Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam termasuklah kalimah Allah.



2.3.3 Bidangkuasa Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam meliputi orang Bukan Islam selari dengan maksud Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.



2.3.4 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam telah dikanunkan di 10 buah negeri, ia dengan jelas menyenaraikan perkataan-perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan Agama Bukan Islam termasuklah antaranya kalimah Allah, Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Qiblat dan Haj.



2.3.5 Penyalahgunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam di bawah Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam berbeza mengikut Negeri boleh dihukum samada denda, penjara atau sebatan.



2.3.6 Terdapat 2 Enakmen Negeri yang boleh menyabitkan kesalahan ke atas orang yang menyebarkan doktrin agama selain Islam kepada orang-orang Islam. Enakmen tersebut ialah Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan peruntukan khas dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.



2.3.7 Kesalahan seperti memperdaya atau mendedahkan orang Islam kepada ajaran agama Bukan Islam samada secara lisan atau penerbitan, jika sabit boleh dihukum di bawah Enakmen Kawalan Bukan Islam. Hukuman bagi kesalahan demikian berbeza mengikut Negeri termasuklah penjara, sebatan dan denda.



2.3.8 Negeri-negeri yang masih belum mengkanunkan Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.



2.3.9 Walaupun begitu, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 memperuntukkan bidangkuasa khas ke atas Bukan Islam yang sabit kesalahan di bawah Seksyen 5, iaitu mengembangkan doktrin agama selain Islam kepada orang-orang Islam. Hukumannya jika disabitkan ialah denda tidak melebihi RM3 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.



2.3.10 Di Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak, pemakaian Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hanya terhad kepada orang-orang Islam tanpa sebarang pengecualian seperti di Pulau Pinang.



2.3.11 Namun, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sedia ada sudah memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk memerintahkan sebarang penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum Syarak dimusnahkan walaupun tiada seorang pun telah disabitkan kesalahan berkaitan dengan penerbitan tersebut.



2.3.12 Di bawah Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di 3 Negeri tersebut di atas, Jawatankuasa Fatwa berkuasa untuk menentukan samada suatu amalan atau persoalan yang diajukan adalah salah atau tidak di sisi hukum Syarak.



2.3.13 Alasan penerbitan majalah Katholik untuk menggunakan kalimah Allah itu bagi tujuan bacaan terhad kepada penganut ajaran Kristian adalah tidak boleh diterima kerana Undang-Undang sedia ada telah menghadkan kalimah Allah bagi kegunaan orang dan ajaran Islam sahaja, atau secara alternatifnya Allah hendaklah dimaksud dan disifatkan sepertimana yang ditentukan oleh ajaran Islam sahaja.



2.3.14 Isu bahawa majalah Katholik tersebut bagi bacaan orang Kristian sahaja adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana penggunaan kalimah Allah bagi maksud ajaran Kristian sudah satu kesalahan.



2.3.15 Alasan bahawa kalimah Allah telah ada di dalam kitab terjemahan Bible Melayu sejak abad ke 17 bagi menjustifikasi kegunaannya oleh orang Kristian juga sewajarnya ditolak kerana orang Melayu telah menggunakannya lebih awal daripada itu iaitu sejak mereka memeluk agama Islam.



2.3.16 Adalah suatu yang diiktiraf bahawa Mahkamah Sibil ketika membicara bidangkuasa sibilnya apabila isu yang menyentuh persoalan hukum Syarak timbul maka Mahkamah hendaklah merujuk persoalan tersebut kepada pihak Berkuasa Agama Islam.



2.3.17 Jelasnya, Undang-Undang sedia ada di Malaysia telah memperuntukkan bahawa kalimah Allah hanya boleh dikaitkan dengan ajaran Islam sahaja.



2.3.18 Dalam Kes di atas, Mahkamah Bicara telah khilaf kerana membuat tafsiran kalimah Allah tanpa berpandu kepada autoriti Undang-undang yang sedang berkuatkuasa.



2.3.19 Agama Islam terletak di bawah naungan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu, baginda boleh mengurniakan Titah yang mempunyai sanksi Undang-Undang sepertimana yang diperuntukkan oleh Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.







4.0 RUMUSAN



4.1 Isu kalimah Allah sebenarnya boleh diselesaikan tanpa kompromi dengan peruntukan Undang-undang sedia ada.



4.2 Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu atas sifat Ketua Agama Islam mestilah dihormati dan dipatuhi.



4.3 Kalimah Allah bukanlah satu yang eksklusif kepada orang Kristian kerana mereka juga memanggil Tuhan mereka sebagai `Deus’, `God’, `Elohim’, `El-law’ (atau `El-lawh’), `Eloi’, bapa Yesus dan Alah. Tanpa kalimah Allah, orang Kristian masih boleh menjalankan upacara ibadat mereka.



4.4 Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, hanya Allah Tuhan yang Maha Esa, mempunyai 99 sifat yang terpuji dan Uluhiyyah yang dirungkap dalam sifat 20.



4.5 Status kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan institusi berkuasa seperti Majlis Fatwa.



4.6 Adalah suatu yang telah dikanunkan bahawa Mahkamah Sibil hendaklah merujuk kepada Fatwa atau Undang-undang Syariah apabila timbul isu yang melibatkan persoalan hukum Islam ketika membicara mana-mana kes dalam bidangkuasa sibil.



4.7 Ejaan atau kalimah Allah yang ingin dikekalkan oleh orang Kristian boleh disifatkan sebagai untuk meneruskan maksud asal mereka iaitu berdakyah kepada orang Islam.



4.9 Kaedah penyelesaian boleh dibuat dalam banyak bentuk dan cara sesuai dengan waqi’ Malaysia, tetapi hak kegunaan kalimah Allah SWT hendaklah dikhususkan kepada orang Islam atau secara alternatifnya, kalimah Allah itu mestilah diertikan dengan maksud dan sifat yang ditetapkan oleh ajaran Islam.



4.10 Penulis telah membuat usul kepada pihak Berkuasa untuk dipertimbangkan bagi menangani Isu ini tanpa memprejudiskan kedaulatan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Negeri di Malaysia.





Mudah-mudahan kita semua hidup aman damai dalam Islam, dan penganut agama lain juga boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan tenang sesuai dengan realiti di Malaysia.



Salam hormat

*saya telah mendapat kebenaran daripada Dato' Wan Ahmad Fauzi untuk menyiarkan artikel ini. semoga kita sama mendapat manfaat dari artikel ini.

Saturday, January 16, 2010

semakin ramai manusia mandul, mengapa?

nabi pernah bersabda mafhumnya orang yang mandul ialah apabila dia meninggal dunia, tiada seorang pn anak2nya mendoakannya di dalam kubur.

orang dahulu anak ramai, orang sekrang anak sedikit.
orang dahulu ramai yg subur, orang sekarang ramai yang mandul...

semoga kita xtergolong dalam golongan mandul yg dimaksudkan nabi SAW.

Friday, January 15, 2010

apa yang dicari, apa yang dikejar, apa yang diguna?

apa guna bengkung selilit,
apa guna sandang berjela,
bila sampai masa tersepit,
ilmu juga yang berguna.

bengkung tiada sandang pun tiada,
ilmu di dada tidak diuji,
bila sampai masa waktunya,
tidak sekali mengundur diri.

Wednesday, October 28, 2009

exam dh hbs

blank...xtaw nk tulis ape.... (-_-)"
masa exam, byk idea nk tulis...

Tuesday, October 27, 2009

nasihat dari Pendita (Master Mufti Ansari)

Pendapat bernas anak perantauan,
jauh berjalan luas pandangan,
mengajar dirantau jangan dihabiskan,
agar ada untuk bekalan,

mencari kawan biar sepadan,
baru dan lama satu ikatan,
orang baru sebagai warisan,
pesanan lama dijadikan ingatan,

bukan harta dijadikan ukuran,
bersama Mahaguru kami perjuangkan,
Guru lama banyak bilangannya,
bersama kini tidak seangkatan,

Jangan direbut apa yang ada,
guru banyak yang maseh setia,
ikatan baru dan yang lama,
kesatu arah perjuangan yang sama.

Guru perantauan pendita berpesan,
cari kawan biarlah sepadan,
jaga nama dan juga iman,
banyak ranjau walau pun dipekan,

berjalan dihutan ikut rentehan,
sesat dihujung balik dipangkal jalan,
ingat pesanan sebagai bekalan,
jangan dagangkan semua Mahaguru berpesan,
seni warisan diajar jangan,
kalau bisa telah diketahuan,
tiada penawar diakhir zaman....wasalam. ..

thnx pendita atas nasihat anda:)

Tuesday, October 20, 2009

Surat Rasmi Seorang Suami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki